Posts

Showing posts from November, 2018

MINGGU 9: PENGAJARAN DAN PENERANGAN TENTANG PROSES FOTOSINTESIS, TRANSPIRASI DAN RESPIRASI.

Pada minggu ke-9 ini merupakan minggu mid sem kami. Kami telah diberikan tugasan untuk mengajar kepada ahli keluarga atau rakan-rakan kampung mengenai proses-proses yang dilakukan oleh tumbuh-tumbuhan. Antaranya ialah proses fotosintesis, proses transpirasi dan proses respirasi. DANIEL FITRIE BIN MOHD SAMRI A18PP0026 PROSES RESPIRASI LINK VIDEO: https://youtu.be/pcNRaEVPkjU FARHANA SYUHADAH BINTI OON A18PP0031 PROSES FOTOSINTESIS LINK VIDEO: https://youtu.be/vq8b0FDwKYY MOHAMAD RIDHWAN BIN RAMLI A18PP0061 PROSES RESPIRASI LINK VIDEO: https://www.youtube.com/watch?v=FIaae3h2aDo&t=5s WAN NORSYAFIQAH ARINAH BINTI WAN NORAZMI A18PP0210 PROSES TRANSPIRASI LINK VIDEO: https://youtu.be/iwOqTmuImBk Selamat menonton 😍😍

MINGGU 8: MINGGU MENUAI DAN MENJUAL SAYUR

Image
Pada minggu ini kami berasa sangat teruja dan gembira untuk menuai dan menjual hasil daripada tanaman kami. Antara sayur-sayuran yang telah dituai ialah bayam hijau, bayam merah, pakchoy dan sawi. Terdapat beberapa proses yang telah dijalankan: 1)       Penuaian sayur-sayuran Antara alatan yang terlibat semasa menjalankan proses ini ialah; ·          Sudip tangan ·          Besen untuk meletakkan sayur yang telah dituai 2)       Pembersihan sayur-sayuran Setelah selesai proses penuaian, kami telah membasuh sayur-sayuran tersebut untuk membuang tanah-tanah yang terdapat di akar-akarnya. 3)       Penimbangan Sebelum melakukan proses pembungkusan, setiap sayuran perlu ditimbang mengikut berat yang bersesuian dengan harga untuk dijual. 4)       Pembungkusan P...

MINGGU 7: CANTUMAN BAJI DAN PENANAMAN SECARA ASEKSUAL

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ketujuh ini, kami sekelas telah didedahkan dan mempraktikkan kaedah cantuman baji dan pembiakan aseksual. Cantuman baji merupakan kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal atau induk untuk menghasilkan pokok yang dinamakan sebagai pokok tumpang. Antara peralatan yang digunakan ialah pisau, plastic, tali dan parafilm. Langkah-langkah cantuman baji: 1)       Ranting atau dahan yang sesuai dipilih untuk dicantumkan pada pokok asal. 2)       Hujung pokok asal dipotong dan daun disekelilingnya dibersihkan. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya proses transpirasi yang tinggi. 3)       Bahagian tengah ranting dipotong sepanjang 2cm. 4)       Tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara serong yang tajam. 5)       Ranting yang dipotong serong tersebut dicantumkan dengan pokok penanti. 6) ...
Image
MINGGU KEENAM AMALI BAJA DAN RACUN ORGANIK. BATAS 7 PENGENALAN: Baja organik ialah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang berasaskan binatang, tumbuhan-tumbuhan dan bahan mineral kemudian mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrient penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Baja organic adalah baja yang mengandungi satu atau lebih bahan organic di dalamnya. Bahan-bahannya mungkin terdiri daripada haiwan atau tumbuhan atau kombinasi antara kedua-duanya. Racun organic pula ialah racun semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti cili, bawang putih, halia dan serai wangi. Racun ini digunakan bagi mengelak makhluk perosak terhadap tanaman seperti serangga. Ia termasuklah racun untuk membunuh telur dan larva serangga. OBJEKTIF: 1.        Mempelajari ilmu asas dalam menghasilkan baja cecair atau larutan yang mengandungi mikroorganisma yang dijadikan sebagai nutrient untuk t...