MINGGU 8: MINGGU MENUAI DAN MENJUAL SAYUR
Pada
minggu ini kami berasa sangat teruja dan gembira untuk menuai dan menjual hasil
daripada tanaman kami. Antara sayur-sayuran yang telah dituai ialah bayam
hijau, bayam merah, pakchoy dan sawi.
Terdapat
beberapa proses yang telah dijalankan:
1) Penuaian sayur-sayuran
Antara alatan yang terlibat
semasa menjalankan proses ini ialah;
·
Sudip
tangan
·
Besen
untuk meletakkan sayur yang telah dituai
2)
Pembersihan
sayur-sayuran
Setelah selesai proses penuaian,
kami telah membasuh sayur-sayuran tersebut untuk membuang tanah-tanah yang
terdapat di akar-akarnya.
3)
Penimbangan
Sebelum melakukan proses
pembungkusan, setiap sayuran perlu ditimbang mengikut berat yang bersesuian
dengan harga untuk dijual.
4)
Pembungkusan
Pembungkusan dibuat untuk
memudahkan proses jual dan beli.
Comments
Post a Comment