MINGGU KEENAM

AMALI BAJA DAN RACUN ORGANIK.

BATAS 7

PENGENALAN:
Baja organik ialah baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang berasaskan binatang, tumbuhan-tumbuhan dan bahan mineral kemudian mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrient penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Baja organic adalah baja yang mengandungi satu atau lebih bahan organic di dalamnya. Bahan-bahannya mungkin terdiri daripada haiwan atau tumbuhan atau kombinasi antara kedua-duanya.
Racun organic pula ialah racun semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti cili, bawang putih, halia dan serai wangi. Racun ini digunakan bagi mengelak makhluk perosak terhadap tanaman seperti serangga. Ia termasuklah racun untuk membunuh telur dan larva serangga.

OBJEKTIF:
1.      Mempelajari ilmu asas dalam menghasilkan baja cecair atau larutan yang mengandungi mikroorganisma yang dijadikan sebagai nutrient untuk tanaman.
2.      Membuat baja organik sendiri supaya tidak terlalu bergantung kepada baja kimia di pasaran untuk kegunaan diri sendiri, yang jauh lebih mahal.
3.      Mengurangkan kuantiti sisa buangan harian dan menjadikannya kepada baja organic yang bermanfaat untuk tanaman.


BAJA ORGANIK FAA ( FISH AMINO ACID)

PENGENALAN:
Baja FAA dihasilkan melalui fermentasi hasil sisa buangan ikan yang terdiri daripada perut, insang da nisi ikan.

BAHAN-BAHAN:
1.      Gula merah (1kg) (dicairkan dengan 2000 ml air)
2.      Isi ikan atau sisa ikan
3.      Bekas plastik
4.      Kertas putih A4
5.      Pengikat
6.      Landas cincang
7.      Pisau
8.      Mangkuk/besen
9.      Mangkuk/cawan penyukat

CARA-CARA:
1.      Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.
2.      Sisa atau isi ikan tersebut dicampurkan bersama gula merah atau molasses pada kadar nisbah 1:1 (80 ml).
3.      Campuran tersebut dimasukkan ke dalam bekas, tarikh dan bahan dilabelkan kemudian ditutup dengan kertas. Bekas ditutup dengan penutup. Bekas tidak perlu ditutup dengan terlalu ketat. Bahan peraman dikacau/digoncang dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4.      Dalam jangka masa 4 minggu, jus baja tersebut ditapis. Jus ini dikenali sebagai FAA.

KAEDAH PENGGUNAAN:
1.      Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dalam 5 liter air dan disiram kepada tanaman.
Nota: Ikan yang sesuai ialah ikan kembung, sardine, tenggiri dan tongkol.





BAJA ORGANIK FPJ (FERMENTED PLANT JUICE)

PENGENALAN:
Baja FPJ dihasilkan melalui fermentasi daripada sumber sayur-sayuran daun seperti kangkung dan sawi.

BAHAN-BAHAN:
1.      Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 2000 ml)
2.      Sisa sayuran berdaun hijau
3.      Bekas plastic
4.      Kertas putih A4
5.      Pengikat

CARA-CARA:
1.      Sisa sayuran dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.
2.      Sisa sayuran tersebut dicampurkan bersama gula merah atau molasses pada kadar nisbah  1:1 (1000 ml)
3.      Campuran tersebut dimasukkan ke dalam bekas, tarikh dan bahan dilabelkan kemudian ditutupkan dengan kertas. Bekas ditutup dengan penutup. Bahan peraman dikacau dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada penapaian ini.
4.      Dalam jangka masa 2 minggu, jus baja tersebut ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FPJ.

KAEDAH PENGGUNAAN:
1.      Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dala, 1 liter air dan disiram kepada tanaman.


Rajah 1: FPJ



BAJA ORGANIK FFJ (FERMENTED FRUIT JUICE)

PENGENALAN:
Baja FFJ dihasilkan melalui fermentasi hasil daripada campuran buah-buahan yang manis.

BAHAN-BAHAN:
1.      Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 2000 ml air)
2.      Pisang masak. Jika boleh dapatkan kulit pisang yang telah hitam
3.      Bekas plastic
4.      Kertas putih A4
5.      Pengikat

CARA-CARA:
1.      Pisang dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.
2.      Pisang tersebut dicampurkan bersama gula merah atau  molasses pada kadar nisbah 1:1 (100 ml)
3.      Campuran tersebut dimasukkan ke dalam bekas, tarikh dan bahan dilabelkan kemudian ditutupkan dengan kertas. Bekas ditutup dengan penutup. Bahan peraman dikacau dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4.      Dalam jangka masa 2 minggu, jus baja tersebut ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FFJ.

KAEDAH PENGGUNAAN:
1.      Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dala, 1 liter air dan disiram kepada tanaman.
Nota: Buah-buahan yang masak dan manis seperti ciku, pisang, betik.


Rajah 2: FFJ




BAJA ORGANIK KULIT TELUR (CaP)

PENGENALAN:
Baja CaP dihasilkan melalui fermentasi hasil daripada campuran cuka dan kulit telur yang telah dikeringkan.

BAHAN-BAHAN:
1.      Kulit telur telah dibasuh. Dikeringkan dalam oven selama 5 minit.
2.      Cuka masak
3.      Bekas plastic
4.      Kertas putih A4
5.      Pengikat

CARA-CARA:
1.      Kulit telur dihancurkan bagi mempercepatkan proses fermentasi. Sukat hasil kulit telur yang telah hancur.
2.      Kulit telur tersebut dicampurkan bersama cuka dengan nisbah 1:1 (1 sudu besar)
3.      Campuran tersebut dimasukkan ke dalam bekas, tarikh dan bahan dilabelkan kemudian ditutup dengan kertas dan diikat menggunakan gelang getah. Bekas ditutup dengan penutup. Bekas tidak perlu ditutup dengan terlalu ketat. Bahan peraman dikacau/digoncang dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4.      Dalam jangka masa 4 minggu, jus baja tersebut ditapis.

KEHADIRAN BAU:
Hamis, hapak, hangit, hanyir, hancing, busuk, tengik, masam.


Rajah 3: CaP

PEMERHATIAN:
Hari / Tarikh
Warna Pemeraman
Kehadiran Bau Gas (ada/tiada)
FAA
FPJ
FFJ
CaP
FAA
FPJ
FFJ
CaP
1
Coklat
Hijau Coklat
Coklat Keperangan
Coklat Cair & Berbuih
Busuk
Hanyir
Daun
Pisang
Masam
2
Coklat
Hijau Coklat
Coklat Keperangan
Coklat Cair
Busuk
Hanyir
Sedikit Masam
Masam
Masam
3
Coklat
Coklat Cair
Coklat Kehitaman
Coklat Cair
Busuk
Hanyir
Masam
Masam
Masam
4
Coklat Gelap
Coklat
Hitam
Jernih
Busuk Hanyir
Masam
Masam
Masam
5
Coklat Kehitaman
Coklat
Hitam
Jernih
Masam
Masam
Masam
Masam
6
Coklat Kehitaman
Coklat
Hitam
Jernih
Masam
Masam
Masam
Masam
7
Coklat Kehitaman
Coklat
Hitam
Jernih
Masam
Masam
Masam
Masam

ANALISIS:
1.      Mengapakah bekas perlu ditutup?

-          Bekas perlu ditutup adalah untuk mengelakkan daripada pembiakan telur lalat. Tetapi, bekas tersebut perlu mempunyai lubang kecil untuk mengelakkannya meletop kerana proses pemeraman menghasilkan gas.

2.      Apakah unsur utama yang terdapat dalam

a)      FAA: Nitrogen
b)      FPJ  : Nitrogen
c)      FFJ  : Kalium
d)     CaP : Phosporus

3.      Mengapakah gula merah digunakan dalam pembuatan baja organic?

-          Gula merah digunakan dalam pembuatan baja organic kerana gula mempunyai pelbagai nutrient dan membantu pembiakan bakteria.

4.      Pemeraman manakah yang menghasilkan perubahan bau masam paling awal?

-          Baja CaP.


5.      Pemeraman manakah yang berubah warna paling cepat?

-          Baja FPJ.

6.      Mengapakah cuka digunakan dalam pemeraman CaP?

-          Kalsium karbonat yang terkandung pada kulit telur akan bertindak balas dengan cuka dan akan menghasilkan protein atau nutrient yang diperlukan oleh tanaman.

7.      Buah epal tidak boleh digunakan untuk membuat baja FFJ. Bincangkan mengapa?

-          Baja FFJ merupakan campuran antara buah-buahan manis dan tekstur yang lembut seperti betik, manga dan sebagainya dengan gula. Buah epal tidak sesuai digunakan kerana teksturnya yang keras.

8.      Ikan air tawar tidak sesuai digunakan untuk membuat baja FAA. Bincangkan mengapa?

-          Ikan air tawar tidak sesuai kerana kandungan garam dan gula dalam sel lebih rendah berbanding ikan air masin.

9.      Adakah proses penapaian memerlukan cahaya? Terangkan jawapan anda.

-          Proses penapaian tidak memerlukan cahaya kerana bakteria membiak dengan aktif di tempat yang gelap. Sinar UV juga boleh membunuh bakteria.

10.  Kesimpulan dan perbincangan hasil daripada FAA, FPJ, FFJ dan CaP.

-          Kesimpulannya, baja organic dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan bahan-bahan campurannya mudah untuk didapati. Baja organic merupakan baja yang selamat digunakan dan sangat mesra alam. Bahan-bahan organic yang digunakan sangat bermanfaat kepada tumbuhan Baja organic sangat berguna pada tanah berpasir yang mudah hilang nutrient dan tidak dapat menahan air semasa hujan lebat.




RACUN ORGANIK

BAHAN DAN PERALATAN:
1.      Bawang putih
2.      Cili padi
3.      Minyak masak
4.      Sabun pencuci
5.      Balang dan penutup
6.      Air hujan
7.      Blander
8.      Bekas/mangkuk
9.      Pisau

BAHAN A (kisar):
1.      Bawang putih – 1 labu
2.      Air hujan – 300 ml (satu cawan biasa)
3.      Cili padi – 6 biji
Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.

BAHAN B:
1.      Minyak masak – 1 sudu makan
2.      Sabun pencuci – 1 sudu teh
Alat:
a)      Penapis
b)      Botol penyembur – 1.5 L

CARA:
1.      Bahan A ditapis dan patinya diambil. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja.
2.      Pati disimpan di dalam bekas dan dimasukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama.
3.      100 ml pati dan bahan B dimasukkan ke dalam penyembur.
4.      Air diisi penuh botol penyembur (1.5 L)
5.      Semua bahan digoncang sehingga sebati.
6.      Daun disembur sampai basah terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.

Rajah 4: Racun Organik

PEMERHATIAN:
1.      Nyatakan perubahan warna dan bau pada racun buatan anda.

-          Perubahan warna racun organic tersebut daripada jernih kepada kuning cair. Manakala baunya pula terdapat bau pedas yang terhasil daripada cili padi dan bawang putih.

ANALISIS:
1.      Mengapakah air hujan digunakan dalam pembuatan racun organic?

-          Air hujan digunakan dalam pembuatan racun organic kerana air hujan adalah air semula jadi. Jika menggunakan air biasa, terdapat campuran klorin.

2.      Apakah bahan lain yang boleh diganti dengan

a)      Bawang putih
-          Serai Wangi.

b)      Cili padi
-          Halia

3.      Apakah fungsi bahan berikut ketika membuat penyemburan?

a)      Minyak masak
-          Untuk mengawal tanaman daripada penyakit lecuh.

b)      Sabun pencuci
-         Sabun melarutkan bahagian luar kulit serangga dimana ia boleh membunuh serangga.





4.      Apakah langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan racun serangga?

-          Anatara langkah keselamatan ketika menggunakan racun serangga ialah memakai pakaian yang sesuai dan menggunakan perlatan bancuhan dengan betul. Jangan menghidu atau menyedut racun perosak. Selain itu, waktu semburan perlulah pada waktu yang sesuai dan menggunakan teknik penyemburan yang betul. Seterusnya, cuci tangan dengan bersih sesudah aktiviti meracun.

5.      Kesimpulan dan perbincangan.

-          Kesimpulannya, penggunaan racun organic sangat digalakkan kerana bahan-bahan yang digunakan adalah bahan semula jadi dan tidak mengandungi unsur kimia yang berbahaya. Bahan-bahan yang digunakan dan cara membuat adalah sangat mudah. Penggunaan racun organic ini dapat menjimatkan kos untuk petani-petani berbanding racun kimia.

RUJUKAN:



BATAS 8 

PENGENALAN
Kami telah melakukan lima baja organik dan satu racun organik pada minggu ini. Kebanyakan bahan organik bertindak sebagai baja dan penyubur tanah dimana mereka memberi makanan kepada tanah dan juga tumbuhan. Ia merupakan perbezaan besar di antara penggunaan bahan kimia dengan bahan organik terhadap penyuburan tanah dan pembajaan. Baja organik yang terlarut mengandungi garam mineral yang membantu akar untuk menyerap dengan cepat.

Secara ringkasnya, baja organik bukan sahaja membekalkan nutrien untuk tumbuhan, ia juga memberi kebaikan yang banyak kepada tanah. Semakin lama pembajaan organik dibuat, semakin bertambah kesuburan tanah. Baja organik dapat meningkatkan aktiviti biologi dalam tanah, menjadikan tanah ‘hidup’ dan ‘kuat’. Bakteria baik dapat hidup
gembira dalam tanah dan berterusan menyediakan nutrien yang diperlukan oleh pokok dan racun organik pula bertindak untuk mengawal serangga secara sentuhan dan sistematik. Sangat sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman berbuah dan sayuran.



TAJUK : BAJA ORGANIK FAA ( FISH AMINO ACID)
PENGENALAN :
Baja fish amino acid atau FAA ini dihasilkan melalui kaedah fermentasi hasil sisa buangan ikan yang terdiri daripada perut, insang dan isi ikan. Baja ini sesuai digunakan untuk tanaman komersial atau pun tanaman hobi atau hiasan di rumah.
OBJEKTIF :
Untuk menghasilkan baja organik FAA (fish amino acid)
BAHAN-BAHAN
1. Gula merah (1kg) (dicairkan dengan 2000 ml air)
2. Isi ikan atau sisa ikan
3. Bekas plastik
4. Kertas putih A4
5. Pengikat
6. Landas cincang
7. Pisau
8. Mangkuk/besen
9. Mangkuk/cawan penyukat

CARA-CARA :
1. Sisa atau isi ikan dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.
2. Sisa atau isi ikan tersebut dicampurkan bersama gula merah atau molasses pada kadar nisbah 1:1 (80 ml).
3. Campuran tersebut dimasukkan ke dalam bekas, tarikh dan bahan dilabelkan kemudian ditutup dengan kertas. Bekas ditutup dengan penutup. Bekas tidak perlu ditutup dengan terlalu ketat. Bahan peraman dikacau/digoncang dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4. Dalam jangka masa 4 minggu, jus baja tersebut ditapis. Jus ini dikenali sebagai FAA.




KAEDAH PENGGUNAAN:
1. Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dalam 5 liter air dan disiram kepada tanaman.
        Nota: Ikan yang sesuai ialah ikan kembung, sardine, tenggiri dan tongkol.



TAJUK : BAJA ORGANIK FPJ (FERMENTED PLANT JUICE)
PENGENALAN :
Baja organik FPJ (Fermented plant juice) adalah sebatian baja yang mengandungi satu atau lebih bahan organik. Penggunaan baja organik dapat membantu memperbaiki struktur tanah dan kandungan nutrien dari masa ke masa.
OBJEKTIF :
Untuk menghasilkan baja organik FPJ (fermented plant juice).
BAHAN-BAHAN:
1. Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 2000 ml)
2. Sisa sayuran berdaun hijau
3. Bekas plastic
4. Kertas putih A4
5. Pengikat

CARA-CARA:
1. Sisa sayuran dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.
2. Sisa sayuran tersebut dicampurkan bersama gula merah atau molasses pada kadar nisbah  1:1 (1000 ml)
3. Campuran tersebut dimasukkan ke dalam bekas, tarikh dan bahan dilabelkan kemudian ditutupkan dengan kertas. Bekas ditutup dengan penutup. Bahan peraman dikacau dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada penapaian ini.
4. Dalam jangka masa 2 minggu, jus baja tersebut ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FPJ.



KAEDAH PENGGUNAAN:
1. Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dalam, 1 liter air dan disiram kepada tanaman.



TAJUK : BAJA ORGANIK FFJ (FERMENTED FRUIT JUICE)
PENGENALAN :
Baja organik FFJ (Fermented fruit juice) adalah campuran buah-buahan yang manis seperti pisang, betik, mangga, nangka, jambu dan gula merah . Baja organik FFJ ini perlu diperam selama antara lima dan tujuh hari. Cecair yang terhasil kaya dengan unsur P dan K.

OBJEKTIF :
Untuk menghasilkan baja organik FFJ (fermented fruit juice).

BAHAN-BAHAN:
1. Gula merah (1 kg) (dicairkan dengan 2000 ml air)
2. Pisang masak. Jika boleh dapatkan kulit pisang yang telah hitam
3. Bekas plastic
4. Kertas putih A4
5. Pengikat


CARA-CARA:
1. Pisang dipotong kecil bagi mempercepatkan proses fermentasi.
2. Pisang tersebut dicampurkan bersama gula merah atau  molasses pada kadar nisbah 1:1 (100 ml)
3. Campuran tersebut dimasukkan ke dalam bekas, tarikh dan bahan dilabelkan kemudian ditutupkan dengan kertas. Bekas ditutup dengan penutup. Bahan peraman dikacau dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4. Dalam jangka masa 2 minggu, jus baja tersebut ditapis. Jus ini dikenali sebagai baja FFJ.

KAEDAH PENGGUNAAN:
1. Jus yang ditapis dicampurkan pada kadar 5 ml atau satu sudu besar ke dala, 1 liter air dan disiram kepada tanaman.
        Nota: Buah-buahan yang masak dan manis seperti ciku, pisang, betik.



TAJUK : BAJA ORGANIK KULIT TELUR (CaP)

PENGENALAN :
 Kulit telur kering mengandung sekitar 95% kalsium karbonat dengan berat 5,5 gram. Kulit telur juga terdiri daripada 97% kalsium karbonat. Selain itu, rerata dari kulit telur mengandung 3% fosfor dan 3% terdiri atas magnesium, natrium, kalium, seng, mangan, besi, dan tembaga. Kandungan kalsium yang cukup besar berpotensi untuk dimanfaatkan sebagai pupuk organik bagi tanaman.

OBJEKTIF :
Untuk menghasilkan baja organik kulit telur (CaP).

BAHAN-BAHAN:
1. Kulit telur telah dibasuh. Dikeringkan dalam oven selama 5 minit.
2. Cuka masak
3. Bekas plastic
4. Kertas putih A4
5. Pengikat

CARA-CARA:
1. Kulit telur dihancurkan bagi mempercepatkan proses fermentasi. Sukat hasil kulit telur yang telah hancur.
2. Kulit telur tersebut dicampurkan bersama cuka dengan nisbah 1:1 (1 sudu besar)
3. Campuran tersebut dimasukkan ke dalam bekas, tarikh dan bahan dilabelkan kemudian ditutup dengan kertas dan diikat menggunakan gelang getah. Bekas ditutup dengan penutup. Bekas tidak perlu ditutup dengan terlalu ketat. Bahan peraman dikacau/digoncang dari semasa ke semasa atau selang 3 atau 4 hari untuk mempercepatkan proses penapaian dan melepaskan gas hasil daripada proses penapaian ini.
4. Dalam jangka masa 4 minggu, jus baja tersebut ditapis.




KEHADIRAN BAU :
Hamis, hapak, hangit, hanyir, hancing, busuk, tengik, masam.

PEMERHATIAN:
Hari / Tarikh
Warna Pemeraman
Kehadiran Bau Gas (ada/tiada)
FAA
FPJ
FFJ
CaP
FAA
FPJ
FFJ
CaP
1
Coklat
Hijau coklat
Coklat keperangan
Coklat cair & berbuih
Busuk hanyir
Daun
Pisang
Masam
2
Coklat
Hijau coklat
Coklat keperangan
Coklat cair
Busuk hanyir
Sedikit masam
Masam
Masam
3
Coklat
Coklat cair
Coklat kehitaman
Coklat cair
Busuk hanyir
Masam
Masam
Masam
4
Coklat gelap
Coklat
Hitam
Jernih
Busuk hanyir
Masam
Masam
Masam
5
Coklat kehitaman
Coklat
Hitam
Jernih
Masam
Masam
Masam
Masam
6
Coklat
Coklat
Hitam
Jernih
Masam
Masam
Masam
Masam
7
Coklat
Coklat
Hitam
Jernih
Masam
Masam
Masam
Sangat masam


ANALISIS:
1. Mengapakah bekas tidak perlu ditutup?
     - Bekas tidak perlu ditutup kerana proses penapaian ini menghasilkan gas penguraian dan jika penutup bekas ditutup, ianya akan meletup.

2. Apakah unsur utama yang terdapat dalam
a) FAA: Nitrogen
b) FPJ  : Nitrogen
c) FFJ  : Kalium
d) CaP : Phosporus

3. Mengapakah gula merah digunakan dalam pembuatan baja organik?
Gula merah digunakan dalam pembuatan baja organik kerana gula merah mempunyai pelbagai nutrien dan membantu pembiakan bakteria.

4. Pemeraman manakah yang menghasilkan perubahan bau masam paling awal?
     - Pemerapan yang menghasilkan bau masam yang paling awal adalah baja   organik        FAA (Fish Amino Acid).

5. Pemeraman manakah yang berubah warna paling cepat?
     - Pemerapan yang berubah warna yang paling cepat adalah baja organik FFJ       
    (Fermented Fruit Juice).


6. Mengapakah cuka digunakan dalam pemeraman CaP?
     - Cuka digunakan dalam pemeraman CaP kerana berfungsi untuk melembutkan kulit      telur.

7. Buah epal tidak boleh digunakan untuk membuat baja FFJ. Bincangkan mengapa?
     - Buah epal tidak sesuai dan tidak boleh digunakan untuk membuat baja FFJ
  kerana fizikal buah epal tersebut. Buah epal adalah buah yang keras jika          
  dibandingkan dengan buah pisang yang sesuai digunakan untuk proses     
pemeraman.


8. Ikan air tawar tidak sesuai digunakan untuk membuat baja FAA. Bincangkan mengapa?
     - Ikan air tawar tidak sesuai digunakan untuk membuat baja FAA kerana ikan air 
       tawar  tidak mengandungi nutrien, asid amino yang dimana asid amino merupakan
      bahagian penting dari protein dan juga komponen-komponen protein lain untuk 
      kebaikan pokok.

9. Adakah proses penapaian memerlukan cahaya? Terangkan jawapan anda.
- Proses penapaian memerlukan cahaya kerana cahaya dapat
mempercepatkan proses menguraikan dan proses penapaian.


10. Kesimpulan dan perbincangan hasil daripada FAA, FPJ, FFJ dan CaP.
          - Kesimpulan dan perbincangan hasil daripada FAA, FPJ, FFJ dan CaP ialah baja 
            organik diperbuat daripada satu jenis bahan sahaja atau beberapa bahan lain. 
            Baja organik diperbuat daripada bahan material dari binatang, tumbuhan atau 
            mineral semulajadi. Untuk mendapatkan sumber organik yang berkualiti dan 
            berkesan, kita haruslah memilih baja organik yang cukup pengomposan secara                   semula jadi. Baja organik juga boleh dikategorikan kepada baja fellet, serbuk, dan                 juga cecair.



TAJUK : RACUN ORGANIK

PENGENALAN :
Racun serangga adalah racun  daripada bahan semula jadi seperti serai, bawang putih dan cili. Proses menghasilkan racun organik amatlah mudah dan selamat digunakan.

OBJEKTIF :
Untuk menghasilkan racun organik.

BAHAN DAN PERALATAN:
1. Bawang putih
2. Cili padi
3. Minyak masak
4. Sabun pencuci
5. Balang dan penutup
6. Air hujan
7. Blander
8. Bekas/mangkuk
9. Pisau

BAHAN A (kisar):
1. Bawang putih – 1 labu
2. Air hujan – 300 ml (satu cawan biasa)
3. Cili padi – 6 biji
Setelah kisar semua bahan A, peram selama 24 jam.

BAHAN B:
1. Minyak masak – 1 sudu makan
2. Sabun pencuci – 1 sudu teh
          Alat:
a) Penapis
b) Botol penyembur – 1.5 L

CARA:
1. Bahan A ditapis dan patinya diambil. Hampas kisaran boleh dibuang pada pangkal pokok untuk dijadikan baja.
2. Pati disimpan di dalam bekas dan dimasukkan ke dalam peti ais untuk tahan lama.
3. 100 ml pati dan bahan B dimasukkan ke dalam penyembur.
4. Air diisi penuh botol penyembur (1.5 L)
5. Semua bahan digoncang sehingga sebati.
6. Daun disembur sampai basah terutama bawah daun dengan kadar tiga hari sekali pada pokok bermasalah.




PEMERHATIAN:
1. Nyatakan perubahan warna dan bau pada racun buatan anda.
- Warna racun organik berubah daripada warna jernih kepada warna keruh dan bau bertukar kepada bau yang masam.

ANALISIS:
1. Mengapakah air hujan digunakan dalam pembuatan racun organik?
     - Air hujan digunakan dalam pembuatan racun organik kerana
      air hujan bebas daripada garam, mineral, bahan kimia dan pengolahan yang             
     ditemukan dalam air  tanah dan air permukaan.

2. Apakah bahan lain yang boleh diganti dengan
a) Bawang putih - boleh diganti dengan serai
b) Cili padi - boleh diganti dengan halia

3. Apakah fungsi bahan berikut ketika membuat penyemburan?
a) Minyak masak - fungsi minyak masak ketika membuat penyemburan ialah ia dapat meliputi rongga yang terdapat pada kulit serangga sekaligus dapat menghalang mereka daripada bernafas.

b) Sabun pencuci - sabun pencuci melarutkan bahagian luar kulit serangga dimana ia dapat membunuh mereka.

4. Apakah langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan racun serangga?
     - Langkah-langkah keselamatan ketika menggunakan racun serangga ialah :
² Memakai pakaian pelindung yang sesuai.
² Menggunakan peralatan bancuhan yang sesuai dan dos yang disyorkan.
² Berdiri dengan membelakangkan arah tiupan angin sewaktu membancuh.
² Jangan sesekali menghidu atau menyedut racun serangga.
² Jangan memindahkan racun serangga ke bekas yang lain.

5. Kesimpulan dan perbincangan.
           - Racun organik adalah sangat mudah terurai secara semulajadi dalam masa yang 
           pendek dan menyebabkan tiada risiko pencemaran alam sekitar dan sumber air 
           sama ada air permukaan atau bawah tanah. Racun organik juga tidak meninggalkan
           kesan buruk apabila digunakan pada tanaman - tanaman kita. Seterusnya, racun 
           serangga ini boleh disimpan selama enam bulan atau lebih  dan racun organik ini 
           haruslah digunakan dengan kerap dan berkala untuk mendapatkan kesan yang lebih
           baik.


RUJUKAN

Comments

Popular posts from this blog

SPPL1212 - PERLADANGAN DAN PENGURUSAN TANAMAN