MINGGU 7: CANTUMAN BAJI DAN PENANAMAN SECARA ASEKSUAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ketujuh ini, kami sekelas telah didedahkan dan mempraktikkan kaedah cantuman baji dan pembiakan aseksual.
Cantuman baji merupakan kaedah mencantumkan pokok daripada pokok asal atau induk untuk menghasilkan pokok yang dinamakan sebagai pokok tumpang.

Antara peralatan yang digunakan ialah pisau, plastic, tali dan parafilm.

Langkah-langkah cantuman baji:
1)      Ranting atau dahan yang sesuai dipilih untuk dicantumkan pada pokok asal.


2)      Hujung pokok asal dipotong dan daun disekelilingnya dibersihkan. Ini adalah untuk mengelakkan berlakunya proses transpirasi yang tinggi.
3)      Bahagian tengah ranting dipotong sepanjang 2cm.
4)      Tunas pokok yang hendak dicantum dipotong secara serong yang tajam.
5)      Ranting yang dipotong serong tersebut dicantumkan dengan pokok penanti.
6)      Bahagian yang dicantumkan itu dibalut menggunakan parafilm.
7)      Kemudian, bahagian tersebut disungkupkan menggunakan plastic lutsinar untuk mengelakkan pucuk kering dengan cepat.



Kemudian, Puan Salina telah mendedahkan kepada kami dengan pembiakan secara aseksual iaitu pembiakan menggunakan bebawang.
Bebawang merupakan batang pendek yang terdapat di bawah tanah. Bebawang mempunyai dua tunas iaitu tunas terminal dan tunas axillary. Tunas terminal akan menggunakan makanan yang disimpan pada daun untuk membesar sebagai pucuk.
Apabila daun pucuk mula terdedah kepada cahaya matahari, pucuk tersebut sudah mampu untuk membuat makanannya sendiri. Maka, makanan yang berlebihan akan dipindahkan kepada batang untuk membentuk bebawang yang baru. Contoh bagi tumbuhan yang mempunyai bebawang ialah bawang, bawang putih dan Spider Lily.


                                              

Comments

Popular posts from this blog

SPPL1212 - PERLADANGAN DAN PENGURUSAN TANAMAN