MINGGU 14 : GOTONG ROYONG DAN PEMBERSIHAN LADANG

   TARIKH : 12 DISEMBER 2018
   HARI       : RABU 


    Assalamualaikum dan selamat sejahtera.... Pada minggu 14 iaitu minggu terakhir kami dalam 

    kursus SPPL 1212- Pembiakan dan Pengurusan Tanaman,, kami telah menjalankan aktiviti  
    
    gotong royong di sekitar ladang UTM...



    Aktiviti tersebut dijalankan pada pukul 8.00 pagi dan dimulai dengan kata-kata aluan dari Puan 
    Salina mengenai aktiviti pada hari tersebut. Kemudian, pembahagian beberapa kumpulan yang
    terdiri daripada kelas SPPH 1 dan SPPH 2 bagi melancarkan aktiviti pada hari tersebut.

    En. Faris dan En. Abang mengambil alih untuk membahagikan tugasan dimana mempunyai kerja-
    kerja pembersihkan stor, membersihkan stor penyimpanan kayu, membersihkan "Rumah Hijau" 
    dan ruang pembelajaran kelas.










 Akhir sekali, jutaan terima kasih kami ucapankan buat pensyarah yang kami hormati iaitu Dr Husna serta tenaga pengajar yang lain iaitu Pn Salina, En. Faris dan En. Abang kerana telah memberikan tunjuk ajar kepada kami tanpa mengira penat dan lelah. Tidak lupa juga kepada ahli kumpulan yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang baik. Segala tunjuk ajar dan nasihat yang dicurahkan kepada kami "tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas". Kata-kata semangat yang diberikan oleh tenaga pengajar kepada kami sebelum menduduki peperiksaan akhir semester ini akan kami semakkan didalam diri kami. Semoga pengenalan kita yang singkat ini akan mengukuhkan ukhwah dan jalinan mesra yang kita semaikan sepanjang pembelajaran kami bersama tenaga pengajar akan berkekalan. sekian terima kasih


I LOVE U......!!! SARANGHAE


Comments

Popular posts from this blog

SPPL1212 - PERLADANGAN DAN PENGURUSAN TANAMAN