MINGGU 12 : KAJIAN FOTOSINTESIS
Fotosintesis merupakan sebuah proses atau pembiakan tumbuhan dalam mengubah tenaga cahaya menjadi tenaga kimia dan menyimpannya dalam bentuk ikatan gula (glukosa dan kanji). Fotosintesis berasal dari bahasa yunani iaitu foto adalah “cahaya” dan sintesis, yang bermaksud “menyusun”. Fotosintesis adalah proses di mana tanaman menghasilkan makanan sendiri dengan menggunakan karbon dioksida, air dan tenaga dari sinar matahari.
A. TUJUAN UNTUK MENGUJI KEHADIRAN KANJI DALAM TUMBUHAN ATAU DEDAUN HIJAU
RADAS DAN BAHAN :
Daun pokok warna hijau
|
Alkohol
|
Iodin
|
Air mendidih
|
Hot plate
|
Piring petri
|
Penitis
|
Bikar 500 ml
|
Bekas air mendidih
|
KAEDAH :
1. Dedaun dipetik daripada tumbuhan yang telah disinari cahaya matahari selama beberapa jam.
2. Daun diletakkan di dalam bikar yang dipenuhi dengan air mendidih selama 1 minit untuk membunuh dan melembutkan daun tersebut.
3. Sedikit alkohol dituangkan ke dalam bikar 500ml. Bekas bikar alkohol dibiarkan terendam dalam air panas. Kemudian rendamkan daun tersebut selama 5 minit dalam larutan alkohol.
4. Daun dialih keluar daripada alkohol selepas kira-kira lima minit dan diperiksa sama ada daun tersebut telah dinyahwarnakan. Alkohol melarutkan klorofil tetapi tidak melarutkan kanji.
5. Daun tersebut dicelup kedalam air panas selama 1 minit untuk melembutkannya semula.
6. Daun tersebut diletakkan pada piring petri dan dititiskan beberapa titik larutan iodin.
PEMERHATIAN DIREKODKAN
A) Warna asal iodin
- Warna asal iodin adalah warna coklat keperangan atau jingga kekuningan.
B) Warna daun sebelum ujikaji.
- Warna daun sebelum ujikaji adalah berwarna hijau (hujau daun).
C) Warna daun setelah diletakkan iodin.
- Setelah diletakkan iodin, warna hijau daun telah bertukar kepada warna hijau pekat.
ANALISIS
1. Mengapakah larutan alkohol tidak boleh dipanaskan terus kepada api?
- Larutan alkohol tidak boleh dipanaskan terus kepada api kerana alkohol merupakan bahan bakar dan sudah pasti apabila dipanaskan terus kepada api, ianya akan terbakar dengan cepat.
2. Apakah kepentingan proses fotosintesis pada tumbuhan?
- Kepentigan proses fotosintesis pada tumbuhan adalah membekalkan makanan kepada seluruh organisma dan secara tidak langsung ianya membantu mengekalkan kandungan gas dalam udara.
3. Apakah tujuan :
*Merebus daun : Bertujuan untuk membunuh bakteria dan melembutkan daun.
*Mendidihkan daun dalam alkohol : Bertujuan untuk menghancurkan serta mengeluarkan klorofil pada daun.
4. Nyatakan faktor-faktor yang diperlukan dalam proses fotosintesis.
- Faktor-faktor yang diperlukan dalam proses fotosintesis adalah klorofil, cahaya matahari, suhu, karbon dioksida serta air.
5. Tuliskan persamaan fotosintesis.
6 CO2 + 6H2O ------> C6H12O6 (glukosa) + 6O2
Karbon dioksida air gula oksigen
|
6. Apakah klorofil dan apakah kegunaan klorofil kepada tumbuhan?
- Klorofil adalah pigmen yang dimiliki oleh berbagai organisme dan menjadi salah satu molekul yang berperan utama dalam fotosintesis. Klorofil terletak pada sel sel tanaman yang disebut kloroplas. Di tempat inilah pigmen hijau menyerap cahaya dan juga sekaligus lokasi terjadinya proses fotosintesis secara singkat. Klorofil dan fotosintesis adalah sesuatu yang sangat berhubungan kerana klorofil amat penting untuk proses fotosintesis itu sendiri.
7. Terangkan nilai tumbuhan kepada manusia.
- Tumbuhan memberi nilai kepada manusia kerana semakin banyak jumlah pokok yang ada maka semakin tinggi pula jumlah karbon dioksida yang berjaya disimpan iaitu tidak dibebaskan ke atmosfera dan mengurangkan kesan pemanasan global ini.
Comments
Post a Comment