MINGGU 10 : PENANAMAN TUT SERTA PENANAMAN JAGUNG 

Pada minggu ini, kami telah pergi ke Dusun UTM untuk membuat pembiakan tanaman secara kaedah tut. Apakah itu kaedah pembiakan tut? kaedah pembiakan tut adalah satu teknik pembiakan yang dilakukan pada dahan/ranting yang masih terlekat pada pokok induk, iaitu pada bahagian yang masih boleh menerima air dan minuman daripada induk pokok. 



Kaedah yang kami lakukan ini terdapat kelebihan serta kekuranganya. Antaranya :

KELEBIHAN
KEKURANGAN
Tanamam baru lebih cepat matang
Tidak boleh dibiak dengan kuantiti yang banyak pada induk.
Ciri pokok induk dapat diwarisi dengn sepenuhnya.

Tanaman mudah tunjang kerana ketiadan akar tunjang. 


AKTIVIT 1 : PEMBIAKAN TANAMAN MELALUI KAEDAH TUT

PERALATAN YANG DIGUNAKAN : 



Jiffy


Penggalak akar

\

Tali rafia


Plastik jernih


Pisau lipat


Gunting tanaman




LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PENANAMAN MELALUI KAEDAH TUT :

1. Menyediakan medium tanaman (moist peat dan air)



2. Pilih pokok yang sihat dengan ukuran diameter 1cm serta tiada ranting kecil pada tempat yng hendak dibuat tut.


3. Buat dua kelaran mengelilingi dahan dengan jarak 2.5cm dan buang kulit dahan tersebut.


4. Kikis bahagian kambium bagi mengelakkan kulit bercantum semula dan sapukan horman penggalak akar pada kelaran bahagian atas sahaja. 


5. Bahagikan bebola medium pada dua bahagian lalu tekapkan pada batang yang telah dikelar dan balut medium pada dahan dengan plastik jernih atau menggunakan jiffy. 



6. Ikat kedua-dua bahagian dengan menggunakan tali rafia.  



AKTIVITI 2 : PENANAMAN JAGUNG

Pokok jagung telah ditanam sebelum cuti pertengahan semester tetapi kebanyakkannya tidak tumbuh dan kami terpaksa membuat penanaman semula jagung tersebut. 

Berikut adalah langkah-langkah penanaman jagung. : 

1. Sebelum memulakan tanaman jagung, biji benih jagung tersebut haruslah direndam terlebih dahulu selama satu jam atau lebih. 



2. Lakukan penjarangan dalam penanaman biji benih jagung bagi mengelakkan persaingan nutrien antara mereka. 




3.  Lakukan penanaman dan tutup batas menggunakan sungkupan. 


SELESAI SUDAH AKTIVITI KAMI PADA MINGGU INI. 



Comments

Popular posts from this blog

SPPL1212 - PERLADANGAN DAN PENGURUSAN TANAMAN