EKSPERIMEN TEKSTUR TANAH & TANAMAN KERATAN BATANG

Minggu Ketiga

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada minggu ketiga kami telah menjalankan beberapa ekseperimen untuk mengkaji struktur tanah dan nilai pH tanah.

Berikut adalah laporan eksperimen:

Kumpulan: Batas 7

EKSPERIMEN 1

TAJUK : MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI CARA MENDAPAN

BAHAN DAN ALATAN :
1.       Sampel Tanah
2.      Balang Gas
3.      Air

LANGKAH-LANGKAH :

Rajah 1: Menentukan tekstur tanah melalui cara mendapan

1.      50g tanah dimasukkan ke dalam balang gas.

2.      Air diisikan kedalam balang gas sehingga parat 300ml.

3.      Tutup mulut balang gas dengan menggunakan tangan dan goncangkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah.

4.      Balang gas diletakkan di atas meja selama 1jam tanpa gangguan.

5.      Ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap diukur dan dicatatkan dalam jadual.

6.      Peratusan pisahan tanah telah dihitung.

7.      Tanah telah ditentukan dengan menggunakan segi tiga tekstur tanah sistem atterberg.

KEPUTUSAN:
Peratus pisahan dikira seperti berikut :
Peratus Pisahan = Ketinggian Lapisan Pisahan (cm)  X 100 
                              Ketinggian Semua Lapisan (cm)
Ketinggian keseluruhan pisahan 3cm
PISAHAN
KETINGGIAN (CM)
PERATUS
Pasir
Kelodak
Tanah Liat
2.2
0.2
0.6
73.33
6.67
20.0


Rajah 2: Segi Tiga Struktur Tanah

 
KESIMPULAN :
Tanah adalah jenis sandy clay loam.

PENILAIAN :
a.       Adakah kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan? Mengapa?
Kaedah ini lebih tepat daripada kaedah medan kerana ia lebih specific dan jelas serta dapat dikira melalui nilai peratus. Nampak perbezaan jenis tanah yang lain.

b.      Apakah ralat-ralat yang mungkin wujud?
Ralat-ralat yang mungkin wujud adalah ralat paralaks kerana mungkin apabila mengira skala mata tidak sebaris dengan garisan di balang gas dan balang yang digoncangkan tidak sekata menyukarkan melihat pecahan tanah.

EKSPERIMEN 2
TAJUK : MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI CARA MEDAN

BAHAN DAN ALATAN :
1.      Sampel Tanah
2.      Air

LANGKAH-LANGKAH :

Rajah 3: Menentukan Tekstur Tanah Melalui Cara Medan

1.      20g tanah di ambil atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2cm-3cm.

2.      Sampel telah dilembabkan dengan air sehingga dapat dibentuk.

3.      Tanah tersebut dibentukkan menjadi bentuk bebola, rod berbentuk-U, rod dan gelang.

PEMERHATIAN :
Rod tidak dapat dibentuk (tanah sangat berpasir)

Bebola dapat dibentuk (pasir berloam)
ü   
Rod dapat dibentuk (tanah loam)
ü   
Rod membentuk U tetapi tidak dapat membentuk gelang (loam tanah liat)

Gelang yang retak-retak (tanah liat berpasir)

Gelang dapat dibentuk (tanah liat)
ü   

KESIMPULAN :
Tanah adalah loam berpasir

PENILAIAN :
a.       Adakah kaedah ini tepat?
Kaedah ini kurang tepat tetapi boleh digunakan untuk jangka masa yang singkat menentukan tekstur tanah melalui cara medan.

b.      Mengapakah kaedah ini digunakan?
Kaedah ini digunakan adalah kerana mudah dan cepat. Tidak perlu mengunakan banyak keperluan radas di makmal serta menjimatkan masa dan tenaga.

 EKSPERIMEN 3
TAJUK : MEMBANDINGKAN KADAR PENGALIRAN AIR MENERUSI TANAH

BAHAN DAN ALATAN :
1.      Sampel Tanah
2.      Air Suling
3.      Gentian Kaca
4.      Corong Penuras
5.      Bikar
6.      Kelalang kon
7.      pH Moisture Meter (Manual)
8.      Digital pH Meter

LANGKAH-LANGKAH :
Rajah 4: Membandingkan Kadar Pengaliran Air Menerusi Tanah

1.      Sampel-sampel tanah perlu dikeringkan selama beberapa hari.
2.      Radas dipasang seperti yang ditunjukkan dalam rajah.
3.      15 sampel 50ml air suling disukat menggunakan silinder penyukat dan diisi ke dalam bikar 100ml.
4.      Dalam masa yang sama, 50ml air suling dituangkan ke dalam setiap radas dan isipadu air yang mengalir ke dalam bikar 250ml ditentukan dalam masa 5 minit.
5.      Kemudian, air yang di dalam bikar 250ml tersebut digunakan untuk menentukan pH tanah.
6.      Sedikit  tanah dimasukkan ke dalam air tersebut dan disebatikan. Meter pH digital dimasukkan ke dalam sebatian tersebut kemudian bacaan meter dicatat.
7.      Meter pH manual dimasukkan ke dalam tanah yang berada di dalam corong turas kemudian bacaan meter dicatat.

KEPUTUSAN :
SAMPEL TANAH
(BATAS)
ISI PADU AIR SELEPAS 5 MINIT
(ml)
pH METER
DIGITAL
MANUAL
1
43
6.94
6.15
2
41
6.69
6.2
3
41
6.41
6.41
4
44
6.49
6.4
5
28
6.26
6.21
6
42
6.02
6.11
7
43
6.42
5.4
8
44
7.04
6.2
9
39
5.65
6.0
10
42
5.95
5.9
11
50
6.14
6.6
12
48
6.75
6.6
13
39
6.49
6.3
14
41
8.51
5.94
15
38
6.16
6.23

KESIMPULAN :
Jika isipadu air selepas 5minit rendah, maka tekstur tanah adalah tanah liat.
 PENILAIAN :
1)  Mengapakah kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah dalam eksperimen ini?
 - Kerana liangnya terlalu halus dan akan menyekat akiran air dari sampel tanah.
2)  Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling banyak?
 - Sampel tanah yang membenarkan air mengalir paling banyak adalah sampel 11.
3) Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling lambat? 
Sampel tanah yang membenarkan air mengalir paling lambat adalah sampel 5. 
4) Sampel tanah yang manakah mempunyai saliran paling baik? 
Sampel tanah yang mempunyai saliran paling baik adalah sampel 9, 13 dan 15. 
5)Sekiranya anda ingin memilih tanah untuk tanaman, tanah yang manakah akan anda pilih? Berikan sebabnya. 
Tanah yang akan saya pilih adalah sampel 15 kerana mempunyai saliran yang baik dan pH yang terkawal.


BATAS 8


EKSPERIMEN 1
TAJUK : MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI CARA MEDAN

Bahan dan alatan : Sampel tanah dan air

Langkah-langkah :




1.   Ambil lebih kurang 20g sampel tanah (atau secukupnya untuk membentuk bebola tanah dengan diameter 2 - 3cm).
2.     Sampel dilembapkan dengan sedikit air sehingga dapat dibentuk.
3.     Bentukkan tanah tersebut menjadi seperti bentuk bebola, reben, rod atau gelang.

Pemerhatian :
ü  Bebola dapat dibentuk (pasir loam)
ü  Rod dapat dibentuk (tanah loam)
ü  Gelang yang retak retak (tanah liat berpasir)

Kesimpulan :
Kesemua tekstur tanah dapat dibentuk dengan cara medan. Tanah adalah loam berpasir.

Penilaian :
A) Adakah kaedah ini tepat?

    Kaedah medan ini adalah kurang tepat tetapi masih boleh digunapakai untuk menentukan tekstur tanah dalam jangka masa yang singkat.

B) Mengapakah kaedah ini digunakan?
    
   Kaedeah ini digunakan kerana ingin mengetahui jenis tanah dalam masa yang singkat, cepat, mudah, tidak perlu menggunakan banyak keperluan radas di makmal serta menjimatkan tenaga.
  

EKSPERIMEN 2
TAJUK : MENENTUKAN TEKSTUR TANAH MELALUI CARA MENDAPAN

Bahan dan alatan : Sampel tanah dan balang gas.


Langkah-langkah :

1.     Masukkan 40 hingga 50g tanah ke dalam balang gas.
2.     Isikan air ke dalam balang gas sehingga 300ml.
3.     Tutup mulut balang gas dengan tangan dan goncangkan campuran perlahan-lahan sehingga kumin tanah terpisah. 
4.     Letakkan balang gas di atas meja (30 minit) tanpa gangguan.
5.     Ukur ketinggian setiap pisahan tanah yang mendap. Catatkan dalam jadual.
6.     Menghitung peratusan pisahan tanah.
7.     Tentukan Kelas Tekstur Tanah dengan menggunakan segi tiga tersktur tanah Sistem Atterberg.

Keputusan : Ketinggian keseluruhan pisahan 2.5 cm.

PISAHAN
KETINGGIAN (CM)
PERATUS (%)
Pasir
2.1
84
Kelodak
0.2
8
Tanah liat
0.2
8

Peratusan dikira seperti berikut :

Peratus pisahan =  ketinggian lapisan pisahan (cm)  x 100
                  Ketinggian semua lapisan (cm)
                       


Kesimpulan :
Kami dapat merumuskan bahawa tekstur tanah dapat ditentukan dengan menggunakan kaedah mendapan dan segi tiga tekstur tanah.

Penilaian :   
A) Adakah kaedan ini lebih tepat dari kaedah medan?

   Ya, kaedah ini adalah lebih tepat daripada kaedah medan kerana kita dapat mengukur ketinggian pisahan tekstur tanah di dalam balang gas dan peratusan tekstur tanah dengan lebih specifik dan jelas berbanding kaedah medan. 

B) Apakah ralat-ralat yang mungkin wujud?
  
   Antara ralat ralat yang mungkin wujud adalah ketika membaca
   ketinggian pisahan tekstur tanah, ketidakcukupan masa untuk membuat uji
   kaji dengan lebih terperinci dan balang gas tidak digoncangkan dengan
   betul yang akan mengakibatkan tekstur tanah tidak dapat terpisah dengan baik.


EKSPERIMEN 3
TAJUK : MEMBANDINGKAN KADAR PENGALIRAN AIR MENERUSI BATAS-BATAS

Bahan dan alatan : 15 jenis sampel batas.

Langkah-langkah :

1.     Keringkan sampel tanah selama 2 hingga 3 hari dengan meletakkan sampel tanah di atas kertas bersih di satu sudut makmal.
2.     Pasang radas seperti yang ditunjukkan dalam rajah.


Langkah keselamatan : Awas, jangan ambil gentian kaca dengan jari!
3.     Sukat 15 sampel 50ml air suling dengan menggunakan silinder penyukat dan isikan ke dalam bikar 100ml.
4.     Dalam masa yang sama, tuangkan 50ml air suling ke dalam setiap radas dan tentukan isi padu air yang mengalir ke dalam bikar 250ml dalam masa 5 minit.
5.     Kemudian, air yang didalam bikar 250ml tersebut digunakan untuk menentukan pH tanah.
6.     Sedikit tanah dimasukkan ke dalam bikar tersebut dan disebatikan. Meter pH digital digital dimasukkan ke dalam sebatian tersebut dan kemudian bacaan meter dicatat.
7.     Meter pH manual dimasukkan ke dalam tanah yang berada di dalam corong turas kemudian bacaan meter dicatat.

Keputusan :

SAMPEL BATAS
ISI PADU AIR SELEPAS 5 MINIT
PEMERHATIAN
DIGITAL
MANUAL
1
43
6.94
6.15
2
41
6.64
6.20
3
41
6.41
6.41
4
45
6.49
6.40
5
28
6.26
6.21
6
42
6.02
6.21
7
43
6.42
5.40
8
44
7.04
6.20
9
39
5.65
6.0
10
42
5.95
5.90
11
50
6.14
6.60
12
48
6.75
6.60
13
39
6.49
6.30
14
41
8.51
5.94
15
38
6.16
6.23

Kesimpulan :

Jika isi padu air (ml) selepas 5 minit, maka tekstur tanah adalah tanah liat. 

Penilaian :

a) Mengapakah kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan 
   kumin tanah dalam eksperimen ini?

   Kertas turas tidak sesuai digunakan sebagai bahan penahan kumin tanah  
   dalam eksperimen adalah kerana liangnya terlalu halus dan akan
   menyekat aliran air dari sampel tanah.

b) Sampel tanah yang manakah membenarkan air mengalir paling banyak ?

Sampel tanah yang membenarkan air paling banyak mengalir ialah sampel 11.

c) Sampel tanah yang manakah yang membenarkan air mengalir paling     
lambat?

Sampel tanah yang membenarkan air mengalir paling lambat adalah
sampel 5.

d) Sampel tanah manakah yang mempunyai saliran yang baik?
  
   Sampel tanah yang mempunyai saliran yang baik adalah sampel 9, 13 dan 15.

e) Sekiranya anda ingin memilih tanah untuk tanaman, tanah yang manakah          
akan anda pilih? Berikan sebab.

Tanah yang akan saya pilih adalah tanah pada batas 15 kerana ianya
mempunyai saliran air yang baik dan kadar pH yang terkawal.



Berdasarkan perkara yang kami telah pelajari daripada eksperimen di atas, kami telah mengetahui cara-cara untuk mengenali tanah yang terbaik untuk membuat sesuatu tanaman. Hal ini kerana, untuk membuat sesuatu tanaman semestinya mepunyai nilai ph yang sesuai dan saiz liang pori yang mempengaruhi kadar aliran air dalam tanah. Aliran air dalam tanah akan memberi sedikit sebanyak kesan terhadap pertumbuhan tanaman.

Sekian, terima kasih. Assalamualaikum.



Minggu Keempat

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah kami telah dapat berkumpul semula bagi menjalani aktiviti mingguan kami di ladang, iaitu bercucuk tanam.

Pada minggu keempat ini, kami mempelajari kaedah tanaman secara keratan batang. Keratan batang merupakan pembiakan aseksual. Pembiakan ini digunakan kerana mudah dilakukan untuk menghasilkan pokok baru dengan banyak dan cepat. Pokok puding, bunga kertas, bunga siantan. bunga raya, pokok ati-ati dan bunga loceng merupakan contoh pokok yang biasa dibiak secara keratan batang.

Penyediaan Medium Semaian

Campuran 2 bahagian tanah, 1 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir disediakan sebagai medium semaian keratan batang.

LANGKAH-LANGKAH PENYEDIAAN

1)
Rajah 1: Pembahagian Jenis Tanah


2)
Rajah 2: Ketiga-tiga bahan digaul sehingga sebati

3)
Rajah 3: Bucu plastik polybag dilipat kedalam supaya ia boleh berdiri dan membolehkan tanah yang telah siap digaul dimasukkan kedalam polybag tersebut.
4) Seterusnya, batang pokok bunga atau pokok yang boleh digunakan untuk penanaman secara keratan batang diambil.

5) Bahagian bawah keratan batang dipotong secara menyerong supaya luas permukaan lebih besar untuk pokok itu menyerap nutrien daripada tanah.

6)
Rajah 4: Setelah siap memotong batang pokok, keratan tersebut dicelup kedalam penggalak akar sebelum ditanam.
Terdapat 3 jenis penggalak akar iaitu penggalak akar 1 untuk dahan yang lembut, penggalak akar 2 untuk dahan pokok yang sederhana lembut dan penggalak akar 3 untuk dahan yang keras.

7)

Rajah 5 & 6: Pokok yang telah siap ditanam dengan menggunakan kaedah keratan batang perlu disiram sekurang-kurangnya 2 kali sehari.
Berdasarkan aktiviti pada minggu ini, kami dapat mempelajari bahawa terdapat pelbagai cara untuk menyemai tanaman termasuklah teknik keratan batang. Teknik ini dilihat sangat sesuai dilakukan dan kelihatan ringkas dan mudah dilakukan bagi orang baru mempelajari teknik penanaman.

Sekian, terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

SPPL1212 - PERLADANGAN DAN PENGURUSAN TANAMAN