Posts

Showing posts from October, 2018
Image
MINGGU KE-5 Pada minggu ini, saya dan rakan sekelas telah menjalankan tiga eksperimen yang bertajuk keperluan percambahan, mengkaji keadaan yang diperlukan bagi percambahan biji benih dan percambahan epigeal dan hipogeal. KUMPULAN : BATAS 7 PENGENALAN: Pada minggu kelima, saya bersama rakan-rakan telah menjalankan eksperimen mengenai percambahan biji benih. Biji benih adalah berasal daripada ovul yang disenyawakan. Dalam biji  benih, terdapat embrio yang berkembang dan mengandungi simpanan makanan bagi embrio yang dilitupi oleh lapisan keras iaitu testa. Kotiledon adalah tempat simpanan makanan. Sesetengah tumbuhan mempunyai 1 kotiledon seperti jagung manakala biji kacang mempunyai 2 kotiledon. Apabila biji benih bercambah, embrio akan mengeluarkan akar baharu yang dikenali sebagai radikel. Kemudiannya mengeluarkan pucuk baharu yang dikenali sebagai plumul. Kotiledon pula akan semakin mengecil kerana sumber makanan diambil darinya. Anak pokok mula menghasilkan makana...